Saturday 31 March 2012

Bagaimana Bahasa Melayu Menyatupadukan Rakyat

Selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan  bahasa pengantar utama bagi semua peringkat prasekolah dan pengajian. Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya  sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala  bidang  ilmu dan kegiatan harian  selaras dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat.
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang meliputi Tingkatan 1 hingga 5 akan terus meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar remaja dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa di dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah. Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah juga menanam kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan.
Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia diberi penekanan di dalam pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah agar pelajar-pelajar membina semangat rasa bangga dan cinta akan tanah air di dalam satu wawasan budaya yang dihasratkan.
Di samping itu juga, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara  maju mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil bahagian di dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di pelbagai bidang.
Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan  hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara di dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Perpaduan rakyat  atau pembentukan satu negara bangsa  dapat dicapai melalui sistem pendidikan. Oleh itu, perpaduan rakyat dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni  seperti saling menghormati  antara satu sama lain  tidak mengira bangsa dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan cerdik pandai  menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Selain itu, penyatupaduan rakyat dapat mewujudkan  sistem pendidikan kebangsaan  kerana sistem persekolahan yang berbeza-beza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak.
Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Selain itu, bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan  jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami. Penyatupaduan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni; seperti yang tercatat di dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan  masalah polarisasi  kaum terutamanya  di kalangan pelajar.  Masalah polarisasi kaum di kalangan pelajar, jika tidak dibendung akan menimbulkan  implikasi yang kurang sihat terhadap negara.
Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran mereka, jika setiap kaum mengutamakan bangsa sendiri. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup, di samping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya gejala tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa depan negara. Para pelajar perlu digalakkan berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlain bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan  perlu disemai di dalam jiwa pelajar semasa berada di bangku sekolah.
Selain daripada itu, penyatupaduan rakyat di negara ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti kelab dan persatuan Bahasa Melayu di mana pelajar atau orang ramai dapat berinteraksi di antara satu sama lain di dalam komuniti tersebut. Mereka juga dapat berpeluang  memupuk nilai-nilai murni  seperti kerjasama dan semangat kekitaan. Aktiviti seperti minggu bahasa kebangsaan, majlis deklamasi sajak, berbalas pantun, syarahan dan pidato antara kaum dan antara pelajar boleh  meningkatkan perpaduan sesama mereka. Semua aktiviti ini harus melibatkan semua kaum yang ada di negara ini.

Saturday 24 March 2012

Sambutan Maulidur Rasul

SK Kampung Kenang telah mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Murid-murid telah mengadakan perarakan mengelilingi kampung sambil berselawat. Seramai 196 orng pelajar telah terlibat dalam sambutan ini. 




Guru Besar serta guru-guru  bersama  pelajar.



Rombakan beri faedah kepada semua pelajar

2012/03/17

Pelan pembangunan pendidikan mentransformasi generasi muda

KUALA LUMPUR: Pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara akan memberi faedah kepada generasi muda, termasuk mentransformasikan mereka menjadi lebih bersedia untuk berdepan perubahan serta cabaran global.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng, berkata kerajaan perlu memastikan rombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar.

Katanya, dalam proses perancangan yang dijalankan kerajaan perlu mendapatkan maklum balas daripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yang berpengalaman dalam sektor pendidikan.

“Kita kena fikir di luar kotak kerana ini membabitkan masa depan generasi muda pada masa kini.

“Oleh itu panel jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam rombakan ini tidak sepatutnya membabitkan hanya ‘orang lama’ tetapi kumpulan berbeza usia termasuk generasi muda supaya maklum balas mereka lebih menepati apa yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan membuat perancangan dan penilaian teliti serta komprehensif sebelum Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara dibentuk untuk memenuhi keperluan global dan cabaran masa depan.
Ia membabitkan rombakan menyeluruh pendidikan teras sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, Orang Asli, pendidikan khas dan sekolah vokasional.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, pula berkata sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi atau penilaian berasaskan peperiksaan menafikan bakat serta pembinaan karakter pelajar.

Katanya penilaian berasaskan peperiksaan menyebabkan pelajar tidak memiliki kepelbagaian dari segi kebolehan malah generasi itu disifatkan kaku dan tidak membangun.

“Oleh itu pada peringkat pembentukan pelan ini, kerajaan perlu pastikan penilaian dilakukan dengan lebih bersepadu dan seimbang dengan menekankan meritokrasi berasaskan bakat dan kebolehan serta pembinaan karakter,” katanya.

Berita Harian Online: 17 Mac 2012

Contoh soalan matematik tahun 3 kertas 2

Dapatkan contoh soalan matematik tahun 3 kertas 2 di SINI

Semoga dapat membantu

Sunday 18 March 2012


Puisi : Guru Oh Guru 

(SN Usman Awang)
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989

Petua Mak Nenek


Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.

Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.


Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.

Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.

Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.

Petua Menghentikan Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.
Turunkan suhu Badan Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.

Friday 16 March 2012

Sejarah Bahasa Melayu


Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.  Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Wednesday 14 March 2012

Rancangan Pelajaran Harian Matematik

Rancangan Pengajaran Harian 2

Tarikh/ Hari                 : 11 Oktober 2011                   Masa        : 8.15 pagi – 9.15 pagi
Kelas                           : Tahun 2 Bistari                      Bil. Murid  : 21 orang
Mata Pelajaran            : Matematik    
Tajuk                           : Nombor Bulat (Menamakan nombor hinngga 10)
Objektif                       : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.    Membilang nombor dengan betul.
2.    Menamakan nombor dengan betul
3.    Menentukan nilai nombor dengan betul.

Pengetahuan sedia ada: 1. Murid telah biasa menyebut nombor.
                                         2. Murid sudah biasa membilang nombor.

Konsep                          : Menamakan nombor  perwakilan kuantiiti.

Bahan                           :CD lagu, Kad nombor, Kad gambar, bahan maujud, komputer dan LCD projektor.
Nilai                               : Bekerjasama, bertatatertib dan berdiisiplin,  berhati-hati.
Kemahiran                    : 1.2 Menama dan menentukan nilai nombor hingga 10







Langkah/masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(5 minit)

Lagu sayang keluarga dan nombor 1-10

Guru memainkan lagu Sayang Keluarga.
Guru bersoal jawab tentang nombor


i)Murid memberi perhatian dan menyanyi bersama-sama.
ii)Murid menjawab pertanyaan guru.

Teknik nyanyian dan bersoal jawab

Komputer dan CD lagu.

Langkah 1
(15 minit)

Menamakan nombor 1-5




Guru mengeluarkan objek buah-bahan plastik dan  memintanta setiap ketua kumpulan mengambilnya.
Guru meminta murid memegang setiap orang sebiji objek tersebut dan meminta menyebut bilangannya.
Guru menunjukkan kad nombor satu dan sehingalah nombor lima.

i)Ketua kumpulan mengambil objek buah-buahan mainan.
ii) Murid memegang sebiji objek tersebut dan menyebur bilangannya sehinggalah objek yang ke lima.
iii)Murid membilang objek hingga lima

Teknik:
Kelas dan kumpulan

BBM:
Bahan maujud dan kad nombor

Langkah 2
(20 minit)

Menamakan nombor 6 hingga 10

Guru meminta murid membilang objek yang ditunjukkan oleh guru.

Guru menunujukkan kad nombor mingikut bilangan murid.






Guru menunjukkan bilangan objek dan meminta murid menunjukkan nombor

i)Murid membilang objek yang ditunjukakan oleh guru enam hingga 10
ii)Murid menyebut nombor yang ditunjukkan oleh guru secara individu, kumpulan dan kelas.
iii)Murid menyebut bilangan dan menunujukkan nombor.

Kaedah:
Individu, kelas dan kumpulan.

Bimbingna guru

BBM:
Bahan maujud dan kad nombor

Nilai:
Bekerjasama

Langkah 3
(15minit)

Memadankan nombor dengan nilai 1 hinggga 10

Guru mengeluarkan kad nombor dan kad bilangan objek.
Guru menunjukkan kad nombor dan meminta murid menyebutnya.
Guru menunjukkan kad bilangan objek dan minta murid membilangnya.
Guru meminta murid menampal kad bilangan objek dan kad nombor dipapan tulis


i)Murid menyebut nombor yang ditunjukkan oleh guru.
ii)Murid membilangkan objek yang terdapat dalam kad gambar.
iii)Memadankan nombor dengan bilangan objek yang telah dilekatkan dipapantulis dalam kumpulan
iv)Murid mencantum puzzle untuk membentuk nombor dalam kumpulan kecil.

Teknik:
Soal jawab
Secara kumpulan
Kemahiran berfikir

BBM:
Kad nombor
Kad gambar

Puzzle nombor


Penutup
(5 minit)

Membilang nombor 1 hingga 10

Guru meminta murid membilang nombor dari 1 hingga 10

Guru mengedar lembaran untuk murid meyesuaikan nombor dengan bilangan objek
Guru bersoal jawan dengan murid tentang hasil kerja murid.

i)Murid membilang nombor dari 1 hingga 10





ii)Murid menjawab lembaran kerja.

Teknik:
Soal jawab

BBM:
Carta nombor

Refleksi:
Pelajaran ini dapat dimulakan dengan baik kerana murid sangat gembira apabila guru meminta mereka menyanyi. Murid memberi kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran kerana teknik yang digunakan oleh guru sangat menarik. Guru telah memberi peluang kepada semua murid untuk mencuba menjawab. Guru telah memberi peneguhan positif kepada murid yang telah menjawab dengan betul. Guru telah memberi bintang pada lembaran kerja murid apabila mereka dapat menjawab dengan betul.

Pembinaan Blog

Saya mengharapkan rakan-rakan dapat memberikan komen untuk menceriakan lagi blog saya.