Thursday 18 October 2012

PUNCA KECACATAN DAN PENCEGAHAN


1-Peringkat Prenatal ( sebelum kelahiran bayi)
2-Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi)
3-Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi)Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yangboleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadimasalah.
1-Peringkat Prenatal
a. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun keadaan )
 b. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atausiflis. Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melaluihubungan sulit)
c. Dadah dan alcohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Pnggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yangberbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)
d.Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.
e.Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan, dan udara.
f.Cubaan menggugurkan kandungan
g.Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yangmenganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental
2-Peringkat Perinata
a.       Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia dilahirkan cacat.Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.
b.      Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.
c.       Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.
d.      Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran
e.      Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.
f.        Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.
3-Peringkat Posnatal/ pasca natal
Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang upaya boleh mengalamikecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan.
a.    Penyakit-
Ø  Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerangotak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus inidibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.
Ø  Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakitkepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku.
b. Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangankemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alamsekeliling.
c .Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mentalkanak-kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, danmerkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalh emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah,paip air dan petrol.
CARA MENGATASI
a)Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan
b)Ibu yang dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan caeseran
c)Ibu-ibu dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya diperingkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang terbentuk
d)Sering berjumpa doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit.
e)Umur ibu sewaktu mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia 45tahun keatas kerana risiko mendapatkan anak cacat adalah 1:16 kelahiran.
f)Menjarakkan kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup anak-anak dengan diri mereka.
g)Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan mereka.
h)Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian kepala.
Ø  permainan yang bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak digalakkan.
Ø  pengguan yang tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas kepada bayi apabila membawa mereka bersiar-siar.
IMPLIKASI KEPADA PENDIDIKAN
Ø  Kenalpasti kecacatan mereka secara mendalam dan rancang bentuk pendidikan yang hendak diberi.
Ø  Rancangan pendidikan individu dimana kita dapat menyenaraikan apakah keperluan mereka seterusnya merancang objektif objektif yang patut mereka boleh capai
Ø  Ditempatkan di sekolah pendidikan khas dimana terdapat P nP yangbersesuaian mengikut tahap kekurangan keupayaan murid
Ø  Pelajar yang kurang upaya memerlukan kurikulum khas yang bersesuaian dengan tahap kognitif/ kecerdasan mereka

No comments:

Post a Comment